MATLAMAT PENUBUHAN
  1. Menyediakan platform bagi pelajar-pelajar UiTM kurang berkemampuan yang berpotensi untuk diberi latihan kepimpinan.
  2. Membentuk pemikiran kritis dan matang dalam menentukan matlamat dalam diri Siswazah.
  3. Memperlihatkan usaha dan peranan kerajaan dengan kerjasama NGO dalam usaha memajukan Agama , Bangsa dan Negara

OBJEKTIF

1. Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu persatuan di kalangan pelajar-pelajar Universiti atau kumpulan pelajar Universiti atau penghuni-penghuni kolej, mengikut mana-mana yang berkenaan.

2. Untuk menjalankan, melaksana dan menunaikan mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 semua kuasa, tugas dan kewajipan yang diberi, diadakan atau ditanggungkan ke atas Persatuan oleh peruntukan-peruntukan itu.

3. Untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain seperti yang ditentukan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar atau wakilnya dari semasa ke semasa.

4. Menyediakan platform bagi pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang berpotensi untuk diberi latihan kepimpinan.

5. Menjadikan persatuan sebagai satu platform atau saluran untuk siswazah menyuarakan pendapat atau sebarang masalah kepada pihak tertentu seperti Kerajaan, Sektor Swasta dan NGO.

6. Membina imej generasi muda/belia yang dinamis dan rasional dalam menghadapi cabaran alaf baru.

7. Memberi pendedahan dan latihan yang sistematik selaras dengan keperluan tenaga manusia dalam pelbagai sektor ekonomi.

8. Mewujudkan rasa kesedaran, berkeyakinan dan berkemampuan untuk mencapai kejayaan dari segi pengurusan dan perlaksanaan projek, fizikal dan mental serta berkemahiran seiring dengan kecemerlangan akademik.

9. Memperlihatkan usaha dan peranan kerajaan dengan kerjasama NGO dalam usaha memajukan Agama , Bangsa dan Negara

10. Membantu mengatasi masalah pengangguran dan kemiskinan di kalangan siswazah.